Tuesday, December 1, 2009

Cara Pengambilan Produk



Ambil 1 sachet dan campurkan dengan 400ml - 500ml air sejuk ke dalam bekas shaker bertutup. Goncang (shake) secukupnya dan minum.

Pastikan anda tidak makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dan 3 jam selepas mengambil Jus Mate 5 ini.

Minum banyak air putih. Jika boleh, ambil lebih 500ml ke 1000ml sehari untuk sel-sel dalam badan berada dalam keadaan aktif. Seeloknya, setiap 25 kg berat anda, minum 1 liter air. Dan tambah lagi dengan 500ml - 1000ml tersebut.

JANGAN RISAU, ANDA TIDAK AKAN GEMUK JIKA MINUM BANYAK AIR PUTIH.


Cadangan aturan diet/ pemakanan semasa mengambil Jus Mate 5


Ada beberapa cara yang disarankan oleh Dr.Rozmey tentang aturan pemakanan semasa mengambil Jus Mate 5 ini. Berikut adalah cadangan yang diberikan, terpulang kepada anda mahu mengikuti yang mana satu.



DIET 1 (Berat 99kg ke bawah)

Sarapan pagi : Ambil separuh dari pemakanan biasa. Maknanya kalau selalu makan roti 4 keping, kini memadai dengan sekeping roti dan air. Banyakkan minum air putih sahaja (itu yang sebaiknya).
Tengahari (1 – 2.30pm):Tidak mengambil makanan tengahari. Gantikan dengan Jus Mate 5.
Petang (6 – 8pm): Ambil separuh dari pemakanan biasa.
Malam (Sebelum tidur):Tidak perlu JDM5

DIET 2 (Berat lebih 100kg)

Sarapan pagi : Ambil separuh dari pemakanan biasa.
Tengahari (1 – 2.30pm): Tidak mengambil makanan tengahari.Gantikan dengan Jus Mate 5.
Petang (6 – 8pm): Ambil separuh dari pemakanan biasa.
Malam (Sebelum tidur): Ambil Jus Diet Mate 5 sebelum tidur.


DIET 3 (Jika ingin kempiskan perut buncit)

Sarapan pagi : Ambil separuh dari pemakanan biasa.
Tengahari (1 – 2.30pm) : Ambil separuh dari pemakanan biasa.
Petang (6 – 8pm): Ambil separuh dari pemakanan biasa.
Malam (Sebelum tidur): Ambil Jus Diet Mate 5 sebelum tidur.


MAKAN PAGI

~ Sarapan seperti biasa.
~ Boleh mengambil makanan berat seperti nasi berlauk, mee, bihun dan lain-lain lagi dengan kadar yang mencukupi (sedikit).

MAKAN TENGAH HARI

~ Gantikan dengan Jus Diet Mate 5.
~ Andainya anda masih lapar makan buah-buahan atau biskut.

MAKAN MALAM

~ Sup Sayur, buah-buahan atau makanan yang penuh serat.

CARA MINUM JUS MATE 5 SEMASA BERPUASA

~ BAGI PENGGUNA YANG BERAT MELEBIHI 90 KG ( 2 SACHET )
~ Minum sebelum tidur dan semasa sahur.

~ BAGI PENGGUNA YANG BERAT kurang 90 KG ( 1 SACHET )
~ Minum sebelum tidur atau semasa sahur. Disarankan semasa sahur.

********************************************************************************

Pengiraan KALORI MAKANAN

Kategori ~Kuih Muih

~Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
~ Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
~ Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
~ Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
~ Popia goreng (satu) = 130 kalori
~ Popia basah (satu) = 95 kalori
~ Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
~ Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
~ Karipap (sebiji) = 130 kalori
~ Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
~ Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori ~ Lauk Pauk

~ Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
~ Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
~ Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
~ Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
~ Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
~ Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
~ Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
~ Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
~ Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
~ Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
~ Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
~ Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
~ Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori ~ Makanan Rutin

~ Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
~ Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
~ Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
~ Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
~ Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
~ Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
~ Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
~ Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
~ Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
~ Roti putih (2 keping) = 156 kalori
~ Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
~ Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
~ Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
~ Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori ~ Makanan Segera

~ Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
~ Nugget ayam (satu) = 60 kalori
~ Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
~ Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
~ Burger keju (satu) = 425 kalori
~ Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
~ Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
~ Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori ~ Buah-buahan

~ Tembikai (sepotong) = 20 kalori
~ Betik (sepotong) = 45 kalori
~ Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
~ Durian (5 ulas) = 64 kalori
~ Limau (sebiji) = 42 kalori
~ Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
~ Nenas (sepotong) = 59 kalori
~ Epal (sebiji) = 63 kalori
~ Ciku (sebiji) = 44 kalori
~ Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori ~ Minuman

~ Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
~ Minuman kotak 250g = 105 kal
~ Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
~ Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
~ Aiskrim 2 skop= 390 kal
~ Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
~ Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
~ Mentega 2 sudu teh = 75 kal
~ Keju chedar 1 keping =58 kal

0 comments:

Post a Comment