Tuesday, December 1, 2009

Testimoni

Berikut merupakan senarai testimoni produk JUSMATE 5 dari pengguna sendiri. Saya akan meletakkan gambar saya di sini apabila saya telah mencapai sasaran yang diinginkan.









Asalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera.

1. Nama saya Mohd Zulkifli Taib, umur 37 tahun, berasal dari Kuala Terengganu. Sejak dari kecil lagi berat badan saya lebih gemuk berbanding kawan-kawan saya yang lain dan berat badan saya semakin bertambah selepas kahwin sehingga mencecah 106 kg.

2. Bermacam ubat atau teh diet saya cuba amalkan tetapi berat badan saya tidak juga turun. Pada tahun 2007 saya nekad untuk diet iaitu tidak makan nasi selama 4 bulan. Saya cuma mengambil minuman bijirin sewaktu pagi, tengahari dan malam. Hasilnya berat badan saya hanya berkurangan sebanyak 7 ke 8 kg sahaja. Diet saya ini berterusan sehingga Hari Raya Aidil Fitri tahun 2007. Selepas itu saya mula makan semula dan hasilnya berat badan saya bertambah kembali sehingga 103kg. Manakala pinggang seluar saya bersaiz 44 inci.

3. Saya berasa amat risau dengan berat badan yang semakin bertambah kerana bimbang jika mendapat penyakit kencing manis atau darah tinggi.

4. Alhamdullilah saya terbaca berita tentang Jus Diet Mate 5 melalui akhbar-akhbar dan juga halaman web. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menggunakanya. Oleh kerana sudah biasa dengan diet jadi saya tidak mengalami masalah untuk mengamalkan minum jus ini. Semasa mengamalkannya minum jus ini memang saya sentiasa bertenaga dan tidak merasa lapar. Selera makan juga menjadi kurang. Saya juga ada buat senaman atau pergi gym 3 ke 4 kali seminggu. Cuba nak bina otot, tak nak bagi mengeleber.

5. Saya mula meminum Jus Diet Mate 5 ini pada awal bulan Disember 2008 dan alhamdullilah setelah 3 bulan ( 26 Feb 2009 ) mengamalkanya berat badan saya turun dari 103kg kepada 83kg. Iaitu sebanyak 20kg. Saya sangat berpuas hati dengan perubahan ini walaupun cemburu dengan kawan-kawan yang lain yang mampu turun berat badan mereka sehingga 20 kg lebih hanya dalam masa 10 minggu sahaja. Tapi tetap puas hati kerana turun 20 kg berbanding diet yang dulu selama 4 bulan hanya turun 8 kg.

6. Insyallah saya akan terus mengamalkan minum Jus Diet Mate 5 ini sehinggalah sasaran berat badan saya mencapai 70 kg. Saya rasa berat badan tersebut adalah baik bagi saya memandangkan saya mempunyai kerangka badan yang besar.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Rozmey atas formula jus diet yang hebat ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Zuriati Mohamed pemilik blog http://jusdietmate5.com/blog/ kerana melaluinya saya akan dapat mencapai impian saya untuk kembali mendapat bentuk badan yang lebih ideal.

8. Kepada mereka yang berada di Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya bolehlah menghubungi saya jika berminat untuk mendapatkan Jus Diet Mate 5 ini dan maklumat serta berkongsi cerita dan pengalaman. Email saya zoyqifly@yahoo.com dan No. HP 017-9898575.

9. Terima kasih sekali lagi buat warga Dr. Rozmey dan warga Herba Prima Marketing serta semua ahli-ahli dan pengedar HPM. Semoga impian kita menjadi insan yang sihat dan anggun tercapai.

Wassalam.





Saya memulakan hari pertama dengan JUS MATE 5 pada 11 Ogos 2008. Pada masa itu berat saya adalah 63kg dengan ketinggian 150cm dan ukur lilit pingang 33’. Berumur 32 tahun dan ibu kepada sepasang cahaya mata.

Bekerja sebagai seorang kerani dan gemar kelihatan kemas serta bergaya setiap kali hadir ke pejabat. Penambahan berat badan saya yang mendadak kebelakangan ini menghalang saya untuk berfesyen. Teguran dari kawan sepejabat menjadikan saya kurang keyakinan diri dan paling malang sekali ada yang menyangka saya mengandung kerana perut saya kelihatan membuncit. Malunyerrr….

Saya mengenali JUS MATE 5 melalui internet. Yakin dengan produk yang ditawarkan dan harga yang berpatutan saya terus membeli 3 kotak JUS MATE 5. Tidak menjadi masalah pada saya untuk menjadikan JUS MATE 5 minuman harian kerana rasa dan baunya tidak memuakkan. Apa yang paling menggembirakan, saya masih tetap dengan rutin harian saya dirumah memasak makanan dan membuat kuih dan kek kegemaran anak-anak dan suami.
Saya lebih bertenaga di bulan puasa dengan hanya mengambil 1 paket JUS MATE 5 semasa bersahur. Hasil daripada amalan diet saya dengan dibantu JUS MATE 5, tiga minggu pertama berat saya 59.5kg dan pinggang 32. Tiga minggu kedua berat saya 56kg dan pinggang 30’ dan tiga minggu akhir berat 53.5kg dan pinggang 28. Saya masih mengambil JUS MATE 5 seminggu sekali dan menggamalkan cara pemakanan yang disyorkan. Kawan sepejabat perasan dengan perubahan berat badan saya. Saya mengambil peluang ini untuk menyebarkan kepada mereka kebaikan JUS MATE 5 dan mula berjinak jinak untuk menjadi pengedar.

Kini saya gembira kerana boleh mengayakan pakaian yang saya gemari. Terima kasih JUS MATE 5, terima kasih DR.ROZMEY dan terima kasih semua warga HERBA PRIMA SDN.BHD.





Sebelum minum JDM5 berat saya 85kg dan saya mempunyai penyakit tekanan darah tinggi yang memang peratus bacaannya tidak pernah kurang dari 150/110. Hari-hari kepala saya sakit dan bergantung dengan pengambilan ubat dari klinik. Tetapi segalanya berubah apabila isteri saya menyarankan saya mencuba JUS MATE 5 ini. Pengambilan JUS MATE 5 bermula semasa bulan puasa yang lepas.

Tiga hari minum JUS MATE 5 kepala saya memang terasa pening. Hal ini mugkin tindak balas kolestrol dengan JUS MATE 5, kata isteri saya. Masuk hari ke empat saya dah mula rasa selesa. Seminggu minum JUS MATE 5 saya timbang berat badan turun 4kg, saya mula rasa seronok. Tekanan darah juga diparas normal, memang macam tak percaya. Di pagi raya saya cuba seluar yang dibeli tapi tak boleh pakai kerana “terlondeh jatuh”.

Wah!!! Saya dah Berjaya kurus, bila timbang berat dah turun ke 72kg. Emm… terpaksalah saya beraya dengan seluar lama masa kurus dulu. Selepas raya saya stop ambil JUS MATE 5, tapi berat still turun 1kg.

Best betul la JUS MATE 5 NI. Sekarang saya jimat sebab tak perlu lagi ke klinik untuk ambil ubat darah tinggi dan perbelanjaan beli makanan harian pun berkurangan dari dulu sebab tak boleh makan banyak. Ramai kawan-kawan pun teruja nak beli JUS MATE 5 bila tengok perubahan saya.








Mengamalkan Jus diet mate 5 selama 5 bulan dan berjaya menurunkan berat sebanyak 100kg!! Beliau masih menggunakan jus diet mate 5 sehingga berpuas hati dengan berat badannya.

PETIKAN MINGGUAN WANITA

Mazliwati Md Shah (31 tahun)

Dahulu ukur lilit pinggangnya 75 inci, sekarang sudah slim banyak, sudah tinggal 46 inci sahaja. Begitu juga dengan beratnya dari 208kg sekarang tinggal 108kg dan Bai dalam proses hendak menguruskan badannya lagi.

Waktu gemuk dahulu, bukan saja Bai susah nak jalan, dunianya hanya di atas sofa saja. Makan dan minumnya juga di situ. Nak basuh punggung sendiripun, maknya Nor Chik Talib, 58 yang lakukan. “Macam basuh punggung anak gajah…” kata Cik Nor lagi. Tapi disebabkan anak, Cik Nor lakukan dengan sesungguh hatinya. Hari ini, Cik Nor cukup bersyukur kerana semua penderitaan yang anaknya tanggung sudah berakhir.

Dahulu masa kecil, Bai cukup comel. Kulitnya putih melepak. Bila meningkat dewasa badannya masih “maintain”. Mungkin sudah tersurat, Bai akhirnya menghadapi Abdominal Cellulitis atau selulit pada perut dan Habbit Obesity atau kegemukan habit sejak 2004. Peliknya kata Bai berat badannya akan bertambah naik kalau dia tak makan. Hendak kata, dia makan terlalu banyak sangat mustahil tetapi dah suratan begini, Bai terpaksa terima. Dek kerana perutnya terlalu besar, timbul urat-urat sebesar jari kelingking di atas perutnya. Siapa yang tengok, pasti sedih. Jelas Bai lagi, kulit kakinya menjadi kehitaman dan kelihatan hodoh, seakan-akan kaki gajah. Tetapi sekarang, bila Bai dah cantik, struktur kulitnya juga dah berubah, lebih mulus.

Jelas Bai, ketika mula-mula mendapat rawatan di salah sebuah hospital di Sg Buloh, dari 208kg beratnya turun kepada 178kg sahaja. Bai menjalani pembedahan di HUKM iaitu laparoscopic gastric bypass bagi mengikat perutnya (usus makannya dipendekkan), berat Bai turun 158kg, turun sebanyak 20kg sahaja. Kata Bai, dia tidak pernah sedut lemak malah belum pun melakukannya lagi.

Apa rahsia Bai Kurus?

Hah! Inilah pengakhiran cerita paling menarik. Semua orang tentu nak tahu bagaimana Bai dahulunya terlalu gemuk, boleh turun sebanyak 100kg. Sebelum itu, bagi sesiapa yang nak cuba cara seperti Bai mesti tahan cubaan. Cubaan dari tidak mengadap makanan. Di HUKM, rutim makan Bai seperti berikut : Pagi, roti campur salad. Tengahari pula, sup sayur rebus (kosong sekosongnya termasuk tidak ada garam langsung) dan petang pula mihun sup campur sayur kosong sesenduk. Hah, jangan ingat semangkuk mihun sebaliknya dua sudu makan saja. Kalau ada yang sanggup, bolehlah ikut cara Bai di hospital.

Selama 72 hari di HUKM, berat Bai hanya turun 20kg saja. Selebihnya Bai mengamalkan JUS DIET MATE 5.



PN SALINA Setelah melahirkan anak bongsu saya semenjak 7 tahun lepas. Saya gagal dalam usaha menurunkan berat badan saya.Berbagai produk dan cara saya cuba , namun saya tetap kecewa. JDM5 diperkenalkan oleh Dr. Rozmey pada saya dan ternyata ia satu formula yang ajaib! Saya mampu memiliki berat idaman saya .bagai tak percaya saya mampu turun 21 kg hanya dalam 14 minngu. Kini saya hanya amal JDM5 sekali dalam 2 minggu dan berat saya tetap tidak naik semula. Kini saya aktif menjual JDM5 dan pendapatan bulanan dengan menjual JDM5 melebihi RM 2000. Saya sudah mengalaminya, anda disana jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cubalah JDM5 sekarang……anda pasti teruja !!!



PN ZAITOON Saya terkejut melihat perubahan pada Pn. Salina selepas hanya 3 minggu tidak berjumpa.
Pn.Salinar menasihati saya mengamalkan JDM5 ciptaan Dr. Rozmey. Ternyata ia memeberikan perubahan ketara pada saya,… Perut saya tidak buncit lagi kesan nya hanya dalam 2 minggu,
ianya amat berkesan, hanya 4 minggu sahaja saya turun 7 kg. Kini saya hanya amalkan
JDM5 seminggu sekali sahaja, JDM5 mudah dan berkesan. Anda patut mengamalkannya




PN ZURA Kawan karib saya (Pn.Ismarabi) menasihati saya mengamalkan JDM5, dan melihat kesan ajaib
pada kawan saya Pn. Ismarabi saya berasa amat yakin dan hasilnya hanya dalam 4 minggu saya turun berat 7 kg.Bagi saya yang paling penting JDM5 ni ,berkesan, mudah ,tanpa rasa lapar atau letih. Yang terpenting ia selamat. Anda diluar sana patut mencubanya, pasti anda berpuas hati !!!




PN.NOOR Saya mengunakan JDM5 ciptaan Dr.Rozmey. Ternyata ia amat berkesan, hanya dalam 10 minggu saya miliki badan yang saya idami

Membantu merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, kemandulan, lelah, gout, sendi, kemurungan dan insomnia (sukar tidur)
Pn. Zie - sukar hamil

Saya baru cuba Jus Mate 5 selama sebulan.. selepas bermacam-macam cara untuk dapatkan second baby sejak 4 tahun lepas. Niat utama memang nak kurus, dan dapat turun dalam 5 kg dalam tempoh 30 hari ni. Dua hari lepas dapat tahu pregnant... so happy tak tau nak kata..

Pn. Rossaila - Kepenatan lepas bekerja
Kini, yang nyatanya bila saya ambil 1 peket Jus Mate 5 lepas kerja, badan saya jadi bertenaga sangat.... mampu buat exercise 1 jam lebih.... Jus Mate 5... buat saya rajin & aktif!

Cik Suzana - Obesiti 230kg
Dulu saya malu untuk keluar rumah. Nak bangun berjalan sendiri pun susah. Perlu bantuan ahli keluarga untuk bergerak. Kini saya dah boleh bergerak seperti orang lain, malah mula menambah pendapatan dengan menjadi pengedar Jus Mate 5.


0 comments:

Post a Comment